Ahad, April 19, 2009

Delema melayu

Orang melayu sukar untuk maju kerana mereka menghadapi masalah dalaman. ini kerana mereka terlalu terikat oleh adat resam yang menjadi turun temurun di warisi sehinggakan mereka akan merasakan semacam satu kesalahan besar sekiranya tembok penghalang pemikiran ini cuba dipecahkan. Mereka akan menghadapi delema. antara delema melayu yang dikenal pasti ialah :



Khamis, Januari 29, 2009

DELEMA MELAYU

Terdapat beberapa perkara yang menjadi delema kepada bangsa melayu untuk menjadikan satu bangsa yang berjaya. Ianya telah lama berlaku tapi masih menghantui pemikiran dan sikap bangsa.


1. Terlalu mengharapkan bantuan kerajaan.

Sikap ini ada pada semua orang melayu. Mereka terlalu bergantung kepada "tongkat sakti" (hak keistimewaan melayu). Terlalu mengharapkan bantuan subsidi dari kerajaan biarpun mereka mampu bergerak maju. Contoh seorang yang berkemampuan membeli satu kilo gula tapi jika ada bantuan dari kerajaan mereka sanggup beratur mendapatkannya. Sikap ini menyebabkan bangsa melayu ketinggalan jauh dibelakang dari sudut ekonomi kerana terlalu mengharap bantuan kerajaan dan tidak berani bersaing dengan keupayaan sendiri. Orang melayu tidak menyedari keistimewaan diri yang ada kerana terlalu sangat bergantung kepada tongkat sehingga boleh di gelar bangsa subsidi.

Isnin, Januari 05, 2009

Sembang-Sembang Generasi Merdeka

Sembang-Sembang Generasi Merdeka

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di NusantaraMelayu kan gagah di Nusantara
Melayu kan gagah di Nusantara…