Terdapat beberapa perkara yang menjadi delema kepada bangsa melayu untuk menjadikan satu bangsa yang berjaya. Ianya telah lama berlaku tapi masih menghantui pemikiran dan sikap bangsa.
1. Terlalu mengharapkan bantuan kerajaan.
Sikap ini ada pada semua orang melayu. Mereka terlalu bergantung kepada "tongkat sakti" (hak keistimewaan melayu). Terlalu mengharapkan bantuan subsidi dari kerajaan biarpun mereka mampu bergerak maju. Contoh seorang yang berkemampuan membeli satu kilo gula tapi jika ada bantuan dari kerajaan mereka sanggup beratur mendapatkannya. Sikap ini menyebabkan bangsa melayu ketinggalan jauh dibelakang dari sudut ekonomi kerana terlalu mengharap bantuan kerajaan dan tidak berani bersaing dengan keupayaan sendiri. Orang melayu tidak menyedari keistimewaan diri yang ada kerana terlalu sangat bergantung kepada tongkat sehingga boleh di gelar bangsa subsidi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan