Sabtu, Oktober 30, 2010

TAHNIAH THE RED WARRIOR

Kelantan menang besar malam ni. dapat 3 anugerah : piala malaysia, permain terbaik perlawanan dan penjaring terbanyak.
Terima kasih the red warrior

Isnin, Oktober 04, 2010

TUN MAHATHIR : LEGENDA MELAYU


Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah diberi pelbagai nama jolokan dan gelaran, positif dan negatif, oleh pelbagai kelompok manusia, kawan dan lawan, di dalam dan luar Malaysia.Kepada kawan di Malaysia beliau pernah dipanggil `Bapak Perindustrian', `Perwira Melayu', `Bapak IT' dan puluhan lagi gelaran.

Kepada kawan di luar Malaysia beliau pernah dikenal sebagai `The Voice of the South, The Master Strategist', `Hero of the Underdog' dan paling terakhir sebagai Ibnu Khaldun abad ke-21.Kepada lawan di Malaysia beliau pernah dicemoh sebagai `Penjahanam Bangsa', `Penjual Harta Negara', `Pembela Korporat Korap' dan pelbagai lagi gelaran yang tak enak bunyinya.

Di luar Malaysia, media Barat pernah menggelarnya `The Dictator', `Anti-Semitic', `Authoritarian and Corrupt' dan bermacam lagi nama yang keji bunyinya.Yang menariknya, gelaran-gelaran ini amat terpolarisasi sifatnya, sama ada terlalu memuji-memuja atau sangat negatif dan seolah-olah mengeji. Tidak ada gelaran yang `jalan tengah' dalam mana ciri-ciri positif dan negatif tersimpul satu.

Maka demikian keadaannya sungguh menarik kepada ramai pemerhati mengenai Dr. Mahathir.Dapat disimpulkan bahawa Dr. Mahathir, biar apa pun gelaran yang diberikan oleh sesiapa saja, adalah seorang tokoh yang mendapat perhatian umum dan cukup luas audiennya, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Di kalangan anggota ASEAN beliau dianggap sebagai seorang pemimpin yang full-of-substance, atau kental lagi berisi.

Dalam UMNO ada yang menganggapnya sebagai seorang magician, yang punyai banyak muslihat dan mantera. Ada juga yang melihatnya macam seorang guru besar yang garang dan kuat disiplin serta suka merotan. Tak kurang juga bilangan orang BN dan UMNO yang melihatnya sebagai seorang intelektual, yang dilatih dalam bidang kedoktoran perubatan, tetapi menguasai ilmu dan infomasi yang mendalam tentang pelbagai bidang lain.Kalau kita teliti setiap komen, pemerhatian dan gelaran yang telah diberikan terhadap Dr. Mahathir kita akan dapati beliau mempunyai kesemua ciri tersebut. Seperti cerita kanak-kanak tentang 12 orang buta dengan seekor gajah, tidak ada seorang pun yang memberikan komentar terhadap Dr. Mahathir telah mengalami semua aspek kesan daripada kepimpinannya.

Lain orang, lain pengalamannya dalam berinteraksi dengan Dr. Mahathir. Maka lainlah persepsi dan pandangan mengenai beliau.Apabila kita gaur-campur kesemua pandangan ini, maka Dr. Mahathir bukan hanya seorang `gajah', malah jauh lebih besar dari itu. Sebenarnya beliau adalah suatu fenomena. Biar sebanyak manapun pandangan yang telah diluahkan oleh pelbagai orang dan yang telah dirakamkan dalam bentuk tulisan, jauh lebih besar lagi bilangan manusia di seluruh dunia yang mempunyai pandangan masing-masing mengenai Dr. Mahathir tetapi tidak meluahkannya secara terbuka. Mungkin mereka tidak ada kesempatan berbuat demikian atau tidak punyai saluran untuk menyuarakannya.

Yang menyokong atau membangkang mungkin mengatakan bahawa bangunan Petronas Twin Tower sebagai `Twin Tower Mahathir', perlumbaan kereta Formula 1 di Sepang sebagai `F1 Mahathir', jambatan Pulau Pinang sebagai `Jambatan Mahathir', lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, atau KLIA, sebagai `KLIA Mahathir', lebuh raya Utara-Selatan sebagai `Lebuh Raya Mahathir', yang pastinya, dari sudut linguistiks, perkataan atau nama Mahathir sudah menjadi suatu idiom yang telah diterimapakai dan digunakan dalam wacana rasmi dan perbualan seharian di Malaysia.

Apabila sesuatu hal atau seseorang mempunyai pengaruh dan kesan yang bagitu luas dan mendalam dalam sesebuah masyarakat, lokal dan global, seperti kini yang dialami oleh Dr. Mahathir, maka, dari sudut sosiologikal, ia mengangkat sesuatu hal atau tokoh berkenaan ke taraf suatu fenomena. Maka tidaklah keterlaluan untuk mengungkapkan Dr. Mahathir sebagai suatu fenomena. Inilah pertama kali seorang pemimpin Malaysia boleh dikategorikan sedemikian.

Yang paling penting ialah tempoh jangka waktu yang panjang beliau menerajui Malaysia. Beliau bermula, awalnya, sebagai seorang Menteri Kabinet, pada 1974, dan akhirnya menjadi Perdana Menteri, pada 1981 dan bersara pada 2003. Ertinya, beliau telah menjadi Menteri Kabinet kira-kira 30 tahun dalam tempoh 46 tahun Malaysia merdeka.Yang paling signifikan ialah fakta bahawa hampir 22 tahun, dalam tempoh 30 tahun beliau menjadi Menteri Kabinet itu atau dalam tempoh 46 tahun Malaysia merdeka, beliau telah menjawat jawatan Perdana Menteri.

Oleh kerana jawatan-jawatan kabinet yang telah beliau sandang itu, seperti Menteri Pelajaran dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Antarabangsa, adalah jawatan-jawatan yang sangat tinggi profilnya di pandangan masyarakat tempatan dan dunia, maka beliau senantiasa berada dalam pemerhatian umum, setidak-tidaknya dalam radar sosial setiap rakyat Malaysia.

Dalam bidang kajian demografi, tempoh 30 tahun itu dihitung sebagai satu generasi. Maka Dr. Mahathir telah memerintah selama satu generasi. Oleh yang demikian, segala dasar dan pelaksanaan dasar yang digubalnya mengesankan setidak-tidaknya tiga generasi, iaitu, generasi beliau (yang berumur 50-an semasa beliau mula-mula menjadi Menteri Kabinet), generasi yang lahir lepas kemerdekaan 1957, dan generasi yang lahir selepas beliau menjadi Menteri Kabinet.

Ini bermakna kesan pelaksanaan semua dasar yang diperkenal oleh Dr. Mahathir telah mengesankan tiga generasi rakyat Malaysia. Tidak pernah seorang Perdana Menteri Malaysia sebelum beliau memerintah lebih dari satu generasi.Faktor jangka waktu ini sangat signifikan dalam meletakkan beliau sebagai seorang pemimpin yang mencapai taraf fenomena. Kerana beliau punyai waktu yang relatifnya sangat panjang untuk memperkenalkan sesuatu dasar, melaksanakannya, merobahnya bila perlu dan memperkenal sesuatu yang baru. Dalam kata lain, kita telah didedahkan kepada pemerintahan gaya Mahathir cukup panjang.

Dalam tempoh berkenaan beliau telah mampu atau terpaksa menangani pelbagai isu domestik yang mencabar. Dalam tempoh berkenaan juga beliau mempunyai waktu dan ruang untuk menerobos ke arena politik antarabangsa dan melibatkan diri dengan aktif.

Dalam konteks Malaysia, beliau telah melakukan satu anjakan paradigma penting dalam bidang ekonomi yang mengesankan kehidupan setiap rakyat Malaysia. Beliau telah merobah wajah ekonomi Malaysia daripada bergantung kepada komoditi utama, seperti bijih, getah dan kelapa sawit, kepada yang berorientasikan pengeluaran industri untuk eksport. Dalam bidang pengeluaran industri ini pula Malaysia tidak hanya menumpukan kepada pengeluaran dan eksport barangan yang menggunakan teknologi rendah dan sederhana (seperti industri membuat pakaian, bahan elektronik dan lain-lain) tetapi juga yang menggunakan teknologi tinggi (seperti industri automobil, ICT dan aeroangkasa).

Limpahan ekonomi daripada anjakan paradigma ekonomi ini telah dirasakan oleh rakyat Malaysia dengan meningkat berlipat gandanya pendapatan per kapita daripada sekitar AS$800 ke AS$3,000 dalam tempoh dua dasawarsa. Loncatan pendapatan per kapita inilah yang dijadikan bahan bualan dan pujian, malah menimbulkan semacam rasa ajaib, di kalangan pimpinan negara-negara Dunia Ketiga, OIC, dan juga pimpinan negara maju G7 serta badan-badan dunia seperti Bank Dunia dan IMF.Kejayaan ekonomi ini pastinya telah melibatkan pembentukan rangkaian hubungan bilateral dan multilateral dalam bidang ekonomi dengan pelbagai negara di dunia dan juga dengan gergasi-gergasi syarikat multinasional global.

Berlandaskan hubungan ini dan juga kejayaan yang dicapai telah memungkinkan beliau menerobos ke arena politik antarabangsa.Beliau telah memprofil Malaysia, di pentas politik global, sebagai sebuah middle-range power, justeru melipat gandakan kegiatan Malaysia dalam ASEAN, APEC, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Mesyuarat ASEAN-Eropah (ASEM) dan akhir-akhir ini OIC.

Melalui platform wacana Selatan-Selatan dan Dialog Antarabangsa Langkawi beliau bukan sahaja meletakkan Malaysia sebagai sebuah kuasa politik bahkan juga sebagai satu model pembangunan ekonomi yang boleh dijadikan ikutan.Banyak lagi kegiatan yang boleh disenaraikan yang telah dilaksanakan oleh Dr. Mahathir dalam tempoh 30 tahun sebagai Menteri Kabinet termasuk 22 tahun sebagai Perdana Menteri, yang mengesankan manusia dalam dan luar Malaysia. Tidak semuanya berjaya. Adunan kejayaan dan kegagalan beliau itu telah memperkukuhkan lagi klise bahawa manusia itu tidak sempurna.Kejayaan beliau dalam ketidaksempurnaan itulah yang telah menjadi buah mulut sedunia dan akan terus menjadi buah mulut. Inilah yang sebenarnya telah mengangkat Mahathir ke taraf suatu fenomena. -
Prof Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin adalah Pengarah Institut Kajian Oksidental (Ikon).



Kisah penerbitan buku Malaysian Maverick oleh Barry Wain rupa2nya adalah permainan kotor dari bapak komunis di negara Singapura. Dikhabarkan ini adalah permainan kotor Al juburi dan juga anak menantu untuk mencalarkan imej Tun M.

Barry Wain adalah merupakan dari kumpulan pemikir (Think Tank) Lee KW dan ditugaskan khas untuk mencari sumber yang mampu menenggelamkan karakter Tun M dimata dunia. Namun Tun M bukanlah calang2 manusia. Idea pemikiran Tun M sering melangkaui sempadan masa dan diakui pemikir hebat di kalangan negara2 Islam sedunia.

Tun M bertindak bijak apabila mendedahkan wang pemberian Petronas kepada negara di zaman pemerintahan Tun Lah untuk dibandingkan dengan tuduhan kerugian 100 billion wang negara selama 22 tahun pemerintahannya.

Tun M juga telah menyenaraikan projek2 selama 22 tahun beliau memerintah negara.

Penang Bridge, Twin Towers, KL Tower, KL International Airport, North Port and West Port in Klang, commuter train, LRT and monorail, numerous expressways all over the country, electrification and double tracking, Putrajaya, Cyberjaya, Langkawi development, Proton, Modenas, Silterra chip manufacturing plant, cement plants etc. etc.

Tindakan Tun M menyeret Tun Lah didalam isu ini akan membuatkan Tun Lah terpaksa mengeluarkan statement untuk mempertahankan dirinya. Ini akan menyebabkan semua penyamun2 belakang tabir selama 5 tahun pemerintahannya dibongkar satu persatu.

Tun M juga mempersoalkan kemana hilangnya wang hasil dari Petronas yang berjumlah 270 billion semasa era Tun Lah. Dalam masa 5 tahun sahaja wang sebegini banyak lesap dari perbendaharaan negara hinggakan untuk membina Jambatan kedua Pulau Pinang pun terpaksa meminjam dari negara China. Toyol manakah yang melesapkkannya ?

TUN DR. MAHATHIR.....

Saya bangga sebagai rakyat Malaysia. Bangga dengan pencapaian dan kemajuan negara setakat ini. Bangga dengan PM yang bijak yang mencatat dan menggariskan kecemerlangan negara berbanding negara dunia ketiga lainnya. Tentu kita berterima kasih kepada semua PM kita dan diantaranya yang teramat cemerlang tidak lain dari Tun Dr. Mahathir Mohamed.


Tentu siapa saja akan berbangga dengan pemimpin mereka. Tentu kita inginkan PM kita seorang yang cerdik dan pintar, seorang yang prihatin dan mengasihi rakyat serta mudah didekati, seorang yang bijak kertindak atas kepentingan negara, seorang yang berperawakan menarik, seorang berani dan tegas, seorang yang dihormati serta digeruni kawan dan lawan.


Tun Dr. Mahathir adalah segalanya, dan ramai pemimpin serta rakyat negara luar menghormati beliau dan menganggapnya pemimpin luar biasa dari dunia ketiga. Malangnya kerana fahaman politik sempit ada dari rakyat Malaysia sendiri yang diasuh supaya membenci beliau.


Saya orang biasa yang tidak pernah dapat bersama TDM untuk mengetahui sikap beliau sebenarnya. Justru apa yang saya tulis adalah pandangan dari apa yang saya lihat dan dengar dari media massa dan apa yang saya terasa didalam hati saya sendiri.


Sewaktu beliau menjadi PM saya tidak berapa pasti bagaimana kerana waktu itu saya masih belum cukup dewasa untuk memahami politik. Bahkan saya pun tiddak peduli siapa yang patut menjadi PM sebenarnya. Bagaimanapun saya belajar mengenalinya dan apa yang beliau lakukan untuk memahami siapa beliau.


Perkara pertama yang saya ingat diakukannya adalah menyamakan perbezaan waktu diantara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang berbeza 30 minit. Nampak sebagai perubahan yang kecil tetapi memberi impak besar. Perbezaan 30 minit itu sebenarnya adalah 1 jam mengambil kira diawal dan dihujung hari diantara kedua-dua bahagian berkenaan.


Menurunkan nilai RM berbanding dengan Dolar Singapura juga telah memberikan keuntungan besar kepada Malaysia dan memberi sedikit tekanan kepada Singapura. Dalam masa yang singkat Singapura sudah bukan lagi destinasi membeli belah warga Malaysia bahkan warga Singapura yang mengunjungi Malaysia sama ada untuk tujuan membeli belah atau pun pelancongan dan rekreasi.

Pembinaan KLIA juga telah mampu mengubah sebahagian dari destinasi pendaratan pesawat dari negara asing. Bahkan banyak lagi sebenarnya. Sehinggakan saya merasakan bahawa Tun Dr. Mahathir itu sendiri adalah Malaysia ini. Sehinggakan pemimpin selepas beliau kelihatan sudah tidak ada apa-apa yang hendak dilakukan lagi, sehinggakan ada yang digambarkan sebagai terpaksa mengisi waktu pendatbirannya dengan menidurkan diri.

Namun ada juga pihak yang telah merosakkan penghargaan terhadap beliau sehingga melakukan sesuatu yang menghinanya sebagai seorang negarawan. Beliau pernah disembur pemedih mata semasa lawatan ke Kota Baru. Beliau penah dimalukan dengan disekat dari menjadi perwakilan dari bahagiannya ke Persidangan UMNO oleh ahli parti sendiri dengan bantuan beberapa ratus ringgit rasuah politik.


DS Najib kelihatan memiliki sebahagian besar watak yang dimiliki oleh mantan PM itu. Beliau hanya perlu lebih berani dalam bertindak serta jangan terlalu bertolak ansur yang akan membuatkan bangsa Melayu menganggapnya sebagai pemimpin yang tidak berani perjuangkan bangsa Melayu. DS Najib mesti benar-benar menjadi PM Malaysia

Khamis, September 23, 2010

SIAPA BOHONG RAKYAT KELANTAN?

Ramai pemimpin PAS menafikan mereka tidak mengenali I'DA World Group.. tapi mari kita bongkar kemunafiqan mereka... ironinya pemimpin PAS negeri lain masih berdiam.. mahu melihat pemimpin PAS Kelantan menari..

Bukti Bersurat dan Bergambar Oleh I'DA WORLD Bongkar Pembohongan Munafiq Pas Kelantan !!!

Berikut adalah respons daripada I'DA World Group tentang kenyataan Mohd Amar Nik Abdullah ( Timbalan Pesuruhjaya 111 PAS Kelantan) dalam kenyataan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 September 2010.














Minta pembaca semua menilai sendiri kenyataan pemimpin PAS dengan bukti yang ada.

APA KATA PAS???? -

Kes Pembinaan Gereja Orang Asli di Gua Musang

17 September 2010 yang lalu, Malaysiakini melaporkan sebuah lagi pembinaan gereja Orang Asli di Kelantan diarahkan dihentikan oleh pihak berkuasa, kali ini oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)

Arahan henti pembinaan itu dikeluarkan di kampung Temiar, Pos Pasik Kelantan kerana tiada kebenaran diberikan bagi membina gereja di situ.

Hampir separuh daripada penduduk kampung itu telah menganut agama Kristian sejak beberapa tahun lalu.

Namun menurut penyelaras bagi Centre for Orang Asli Concerns, Colin Nicholas, kelulusan JHEOA tidak pernah dipohon dan surat sebelum itu adalah hanya surat makluman.

Menurut beliau, Orang Asli Pos Pasik berpendapat adalah menjadi hak mereka bagi membina struktur berkenaan di tanah mereka seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Colin (kiri) berkata peguam Lum Chee Seng yang mewakili ketua kampung Temiar itu kepada ketua pengarah JHEOA pada 13 September lalu untuk memaklumkan bahawa kebenaran jabatan itu tidak pernah dipohon.

"Beliau juga menuntut penjelasan berhubung penolakan pembinaan gereja itu,” katanya.

Pada 23 September 2010, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Yusof Wan Ngah menjelaskan pembinaan gereja untuk orang Asli di Pos Pasik, 70 km dari Gua Musang sepatutnya tidak menjadi masalah jika ia dibuat melalui saluran yang betul dan bukannya secara 'bina dulu dan memohon kebenaran kemudian'.

"Isu utama saya nampak ialah pembinaan tanpa izin pihak berkuasa JHEOA (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli) dan pejabat tanah Gua Musang.

"Pihak orang Asli di Pos Pasik atau pihak gereja kena minta kebenaran membina dulu. Masalahnya buat dulu minta kemudian. Kenapa tak bincang atau mohon lebih awal dan minta pandangan pihak berkuasa terlebih dulu. Di sini timbul soalan, gereja itu dibina atas kehendak siapa?" soal beliau.

"Sebenarnya semua urusan tanah di bawah tanggungjawab Ketua Jajahan, maka tidak benar Pos Pasik itu di luar kuasa pejabat jajahan. Cuma ia di luar bidang kuasa majlis daerah memang benar," kata Wan Nik.

Menurut beliau, hak eksklusif orang Asli dalam kawasan penempatannya hanya untuk bercucuk tanam dan tempat tinggal bukan untuk membina apa-apa bangunan termasuk rumah ibadat.

"Sebab kehidupan nature orang Asli memang tiada rumah ibadat! Keperluan rumah ibadat adalah tertakluk kepada permohonan pihak agama itu sendiri atau kerajaan," katanya.

Apapun, katanya, prinsip dan dasar kerajaan negeri adalah selaras dengan perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 3(1) yang memberi hak dan kebebasan semua kaum dan agama mengamalkan cara hidup masing-masing.

"Tetapi di sana ada peraturan lain yang perlu dipatuhi bagi mengamalkan kebebasan itu. Maksudnya kebebasan berasaskan rule of law. Pihak pastor Moses Soo tu kena bertimbang rasional, tak boleh nak force tak tentu kalu," kata beliau.

Ahad, September 19, 2010

Zuhud: Sultan yang mulia


















Sifat semulajadi seorang hamba allah. biarpun bergelar sultan tapi menghormati org tua dan para ulamak.

allahuakbar.

SULTAN KESAYANGAN RAKYAT

gambar ini sekadar menunjukkan seorang Raja yang berjiwa rakyat dan sebagai orang muda yang menghormati orang tua.
kredit harus diberi pada Raja tersebut

Sabtu, September 18, 2010

KESULTANAN KELANTAN : TAHNIAH DATO' HAJI SUKRI

Anak Melayu : Pihak saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi tahniah kepada Datuk Shukri Mohamed.JP yang sejak dari mula tidak kira siang atau malam sejak krisis ini bermula mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut krisis ini.

2. Mengenali Datuk Shukri, beliau adalah seorang peguam yang cukup terkenal di Kelantan walaupun beliau tidak banyak bersuara. Beliau lebih kepada tindakan dan mencari jalan menyelesaikan masalah. Presiden Majlis Jaksa Pendamai Kelantan ini, begitu low profile. Dari dulu beliau begini dan saya mengenali beliau sejak 1998 semasa menjadi ahli parlimen Machang dahulu .

3. Walau pun beliau aktif berpolitik dan pernah menjadi ahli parlimen , tetapi dalam hal krisis / kemelut ini, beliau berjaya memisahkan diri dari politik dan begitu profesional dalam menjalankan tanggungjawab beliau bagi memelihara Institusi Kesultanan ini dan secara tidak langsung dan secara langsung membantu kerajaan negeri yang diterajui oleh PAS mengatasi krisis ini. Beliau berada di tengah dan bertindak hanya untuk menamatkan kemelut ini.

4. Dari kebijaksanaan, keberanian beliau , akhirnya kemelut ini nampaknya menemui jalan penyelesaian walaupun masih jauh. Ini semua kerana keikhlasan beliau . Tahniah Datuk. Semuga usaha Datuk berterusan dan di redhai Allah hendaknya. Semuga Datuk terus dapat mempertahankan dan memelihara Institusi ini . Banyak sangat pihak yang nak ambil kesempatan bagi meruntuh dan melemahkan Institusi ini. Termasuk mereka yang berprofesion seperti Datuk. Beliau juga telahpun menyaman akhbar yang telah menyiarkan berita yng blh mengugat keharmonian istana kelantan.

5. Tahniah Datuk Shukri !!! Tahniah !!!!!!

SULTAN KELANTAN BAKAL BERGELAR SULTAN MUHAMMAD KE-V

Alhamdulillah, sepertimana yang dijangkakan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah tanpa apa-apa gangguan.

Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah segera berangkat ke masjid kesayangan Baginda, Masjid Muhammadi, untuk menunaikan sujud syukur dan seterusnya bersembahyang Asar bersama-sama rakyat jelata.

Pada hari ini, Jumaat 17 September 2010 pula, Tuanku Muhammad Faris Petra, dengan diiringi oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijadual menunaikan sembahyang Jumaat dan sembahyang Hajat di Masjid Muhammadi.

Selaras dengan jiwa keIslaman Baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra, yang bakal bergelar Sultan Muhammad Ke-V dan bakal bersemayam di Istana Negeri, akan memperkenalkan beberapa pembaharuan di dalam pemerintahan Baginda.

Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan “Daulat Tuanku” digantikan dengan seruan “Allahu Akbar” (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan).

Bagaimanapun, walaupun seruan “Allahu Akbar” ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak.

Sebenarnya beberapa lagi pembaharuan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra demi ketinggian syiar Islam dan demi kebaikan rakyat jelata, lihat dan tunggulah pengumuman-pengumuman mengenainya nanti.

Berikut dilampirkan pindaan kedua yang telah dibuat ke atas Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) mengenai pemeliharaan taraf dan kedudukan ayahanda dan bonda Tuanku Muhammad Faris Petra.

Mengikut perancangan, butiran mengenai pindaan ini sepatutnya diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam sidang media beliau di Istana Negeri pada 13 September 2010 sepertimana diumumkan sebelum ini.

Apa pun, beliau telah mengumumkannya di dalam sidang media beliau di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada 15 September 2010 jadi diharap tiada lagi apa-apa kekeliruan yang timbul, sama ada secara sengaja atau tidak, mengenainya.

Turut dilampirkan adalah laporan sebuah akhbar tempatan yang memaparkan cubaan pihak tertentu untuk mengaitkan dengan secara negatif Kerajaan Kelantan di dalam isu penggantian seruan “Daulat Tuanku” dengan seruan “Allahu Akbar”.

Allahu Akbar.

(Peringatan: Gelaran Sultan Muhammad Ke-V kepada Tuanku Muhammad Faris Petra hanya akan berkuat kuasa dan boleh digunakan setelah pewartaan mengenainya selamat dibuat).