ISU pertikaian perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor dipercayai dirancang oleh Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai srategi beliau untuk membolehkan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee ketika mendedahkan muslihat tersebut berkata, Anwar sengaja menjadikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ‘kambing hitam’.
Katanya, berdasarkan kepada kronologi insiden tersebut jelas membuktikan isu itu sengaja dirancang untuk mencetuskan ketegangan hubungan antara Khalid dengan Sultan Selangor.
Oleh sebab itu katanya, sehingga sekarang Anwar masih berdiam diri dan tidak menyatakan pendirian beliau sama ada menyokong perlakuan biadab Khalid atau memihak kepada Sultan Selangor.
“Sebaliknya Anwar dilihat sengaja berperanan di belakang tabir supaya Khalid bertegas menolak perlantikan Datuk Mohamad Kushrin Haji Munawi sebagai SUK walaupun sah di segi undang-undang serta sudah mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah,” tegasnya.
Beliau menjelaskan, apabila Sultan Selangor terlalu kecewa dengan perlakuan Khalid ianya akan mencetuskan kemarahan seluruh rakyat terutama di Selangor terhadap kepimpinan Menteri Besar yang ada sekarang.
Anwar jadikan Khalid sebagai ‘kambing hitam’
Dalam masa yang sama kata Syed Ali, pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Khalid akan menjadi terlalu lemah apabila beliau masih menolak Mohamad Kushrin sebagai SUK disamping hubungannya dengan baginda Sultan semakin meruncing.
“Bila kemuncak kemarahan rakyat terhadap Khalid kerana mengingkari perkenan Sultan semakin meningkat, Anwar akan memainkan peranannya untuk mengetengahkan Azmin sebagai calon terbaik sebagai Menteri Besar bagi meredakan keadaan,” ujarnya.
Katanya, Anwar sememangnya bercita-cita untuk melantik Azmin sebagai Menteri Besar Selangor bagi membalas budi Ahli Parlimen Gombak itu kerana masih setia menyimpan rahsia antara mereka berdua.
Beliau mengulas kedegilan Khalid yang tetap keras kepala menolak Mohamad Khusrin sebagai SUK yang baru walaupun telah mengangkat sumpah taat setia di hadapan Sultan Selangor, di Istana Kayangan, Shah Alam pagi semalam.
Khalid juga disifatkan sebagai terlalu biadab dan mengaibkan baginda Sultan apabila di luar istana beliau dikatan telah menyebarkan kenyataan media kepada sekumpulan wartawan menjelaskan pendiriannya yang tetap menolak perlantikan Mohamad khusrin sebagai SUK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan